Jumaat, 26 Jun 2009

Alhamdulillah..Akhirnya...

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya membina blog sendiri setelah bertahun-tahun mengimpikannya. Syukur. Gembira yang tidak terkira hebatnya apabila mampu menatap laman blog sendiri walaupun tidak secanggih laman-laman blog lain. Kesukaran yang ditempuh tidaklah seperti yang dibayangkan sebelum ini. Rasa kagum apabila melihat blog-blog yang cantik dan penuh isi yang bermakna terus memanggil diri ini untuk memilikinya sendiri. Wah... kepuasan yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata! Semoga ia mampu dimanfaatkan sebagai wadah dalam perkongsian ilmu dan pada masa yang sama mampu menjadi medium dakwah kepada diri yang kerdil ini dan juga sahabat-sahabat yang lain. Doakanlah bersama...

Masihkah Ada Sinar

Palestin,
Saudaraku yang terus dianiaya
Dilapah semangatnya agar tidak bermaya
Dibunuh cita-citanya agar terus meminta
Dihenyak rayuannya walaupun diri sudah tidak terdaya.

Palestin,
Sudah lebih setengah abad kau menderita
Menangis, meraung sehingga hilang kata-kata
Tapi di manakah kita?
Adakah hanya mampu mengecam sahaja?

Palestin,
Bilakah bumimu akan damai
Dari kekejaman, kezaliman dan keganasan
Israel laknatullah durjana yang terus menggila
Membunuh, menyembelih saudaraku tanpa belas
Masihkah ada sinar?
Di bumi Gaza...

Hasil Nukilan,
Wanna
UiTM, Terengganu.
16 Januari 2009
(Dipetik dari buku "Gaza Kami Bersama Tangisanmu"