Jumaat, 26 Jun 2009

Alhamdulillah..Akhirnya...

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya membina blog sendiri setelah bertahun-tahun mengimpikannya. Syukur. Gembira yang tidak terkira hebatnya apabila mampu menatap laman blog sendiri walaupun tidak secanggih laman-laman blog lain. Kesukaran yang ditempuh tidaklah seperti yang dibayangkan sebelum ini. Rasa kagum apabila melihat blog-blog yang cantik dan penuh isi yang bermakna terus memanggil diri ini untuk memilikinya sendiri. Wah... kepuasan yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata! Semoga ia mampu dimanfaatkan sebagai wadah dalam perkongsian ilmu dan pada masa yang sama mampu menjadi medium dakwah kepada diri yang kerdil ini dan juga sahabat-sahabat yang lain. Doakanlah bersama...

2 ulasan:

kay berkata...

yeay..ustazah dah ade blog...
bgus ustazah..
keep blogging...
ni tempat terbaik tuk luah kan isi hati..
hahaha

Wanna berkata...

Terima kasih atas sokongan Kery. Insya'Allah ustazah akan gunakan medium ini sebagai wadah untuk berkongsi idea dan pendapat. Sebenarnya banyak benda lagi yang ustazah kena belajar ni. macam ulasan Kery ni, baru hari ni ustazah sedar Kery ada tulis ulasan. he,he..